Peluang Pekerjaan di Operasi Perladangan Sime Darby Plantation

Sime Darby Plantation mempelawa rakyat Malaysia untuk mengisi pelbagai jawatan kosong di operasi perladangan kami di seluruh negara.

Nikmati gaji bulanan, insentif serta pelbagai faedah dan kemudahan percuma seperti tempat tinggal yang selesa, subsidi bulanan, insurans dan faedah persaraan demi masa depan yang lebih terjamin. Maklumat kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

Lokasi
Ladang Kelapa Sawit Milik SDP di seluruh Malaysia
  
Jawatan
  • Pakar Penuai Buah
  • Penyusun Pelepah / Pemungut Biji Lerai
  • Pemotong Pelepah
  • Pemuat Naik Buah
  • Pemandu Traktor/Van/Bas Sekolah
  • Pekerja Pemprosesan Kilang
  • Pembantu Bengkel
  • Mekanik
  • Operator Mesin
  • Pekerja Am Ladang
  • Pembantu Klinik
 
Faedah-Faedah Yang Ditawarkan
  • Caruman KWSP oleh majikan sebanyak 15%
  • Perkeso
  • Skim Insurans Pekerja (EIS)
  • Penempatan & Bekalan Keperluan Asas (Tong Gas, Dapur, dll)
  • Elaun Permulaan Kerja (Settling Allowance)
  • Elaun Telefon
  • Token Perayaan
  • Token Persaraan
  • Cuti Tahunan
  • Kemudahan Klinik Kesihatan
  • Subsidi Bil Air
  • Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Disediakan
  • Bantuan Persekolahan Tahunan
  • Kemudahan Pengangkutan (Untuk Anak-Anak ke Sekolah)
  • Latihan Disediakan
Kehidupan bersama komuniti bahagia menanti anda.

Untuk maklumat lanjut berkenaan peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh SDP di setiap negeri di seluruh negara, orang awam boleh menghubungi kami di WhatsApp berikut:
  • Perlis, Kedah,Pulau Pinang & Perak : 019-844 0326
  • Selangor, Pahang, Terengganu & Kelantan: 019-255 1484
  • Negeri Sembilan & Melaka : 011-1984 0290
  • Johor : 011-1919 2273
  • Sarawak : 013-816 5672
  • Sabah : 013-572 1817
Your shopping cart is empty.